Monday, February 13, 2012

.::.Muslims, say 'NO!' to Valentine's day..::.

Salam semua..korang tau kan Valentine's Day? alah yang selalu couple2 duk sambut sangat tuh..bagi bunga bagi coklat..tak kurang jugak yang bagi 'badan'..ish3. Okay maybe kat negara kita ada sesetengah orang sambut benda alah ni..tapi biasalah, orang kita ni bab ikut budaya orang memang no.1 tapi tak tau pun sebab apa dan apa hikmat perkara tu..come on guys, this is 21st century..kita kena tahu apa yang kita buat!..(siyes je..). Okay, kat sini aku ada petik sikit dari laman Wikipedia.org pasal valentine's day ni..:

"Saint Valentine's Day, commonly shortened to Valentine's Day, is a holiday observed on February 14 honoring one or more early Christian martyrs named Saint Valentine. It was first established by Pope Gelasius I in 496 AD, and was later deleted from the General Roman Calendar of saints in 1969 by Pope Paul VI.

The day first became associated with romantic love in the circle of Geoffrey Chaucer in the High Middle Ages, when the tradition of courtly love flourished. By the 15th century, it had evolved into an occasion in which lovers expressed their love for each other by presenting flowers, offering confectionery, and sending greeting cards (known as "valentines").

Modern Valentine's Day symbols include the heart-shaped outline, doves, and the figure of the winged Cupid. Since the 19th century, handwritten valentines have given way to mass-produced greeting cards."

Okay sekadar intro sajelah..kalau nak tau lebih lanjut pasal ni korang layari sendiri okay? (mood malas..haha). Di Malaysia valentine's day atau hari kekasih dalam bahasa tempatan di sambut oleh masyarakat untuk meperingati atau menghargai pasangan kekasih masing2. Tapi taukah korang bahawa valentine's day ada sejarahnya yang tersendiri dalam agama kristian? Haa sebab tu kena baca dik, jangan tengok orang sambut kita pun nak sambut sama. Sebenarnya valentine's day ni disambut oleh orang kristian dan memang pengasas hari kekasih ni pun beragama kristian jugak..so untuk kita orang Islam, wajar ke kita sambut??..Ni tengok ni baca dan fahamkan..:

Hukum Orang Islam Menyambut Perayaan Valentine's Day

Keputusan:

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-71 yang bersidang pada 22-24 Nov 2005 telah membincangkan Hukum Orang Islam Menyambut Perayaan Valentine's Day. Muzakarah berpandangan bahawa ajaran Islam amat mengutamakan kasih sayang dan tidak ada hari tertentu di dalam Islam bagi meraikannya.

Oleh itu, Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa amalan merayakan Valentine’s Day tidak pernah dianjurkan oleh Islam. Roh perayaan tersebut mempunyai unsur-unsur Kristian dan amalannya yang bercampur dengan perbuatan maksiat adalah bercanggah dan dilarang oleh Islam.

Keputusan (English):
The Ruling on Muslims Celebrating Valentine’s Day
Decision:

The 71st Muzakarah (Conference) of the Fatwa Committee of the National Council for Islamic Religious Affairs Malaysia held on 22nd-24th November 2005 has discussed the ruling on Muslims celebrating Valentine’s Day. The Conference decided that the teachings of Islam stress on love and there is no specific day in Islam to celebrate it.
Therefore, The Conference decided that the practice of celebrating Valentine’s Day is not part of Islam. The spirit of the celebration contains elements of Christianity and its practice that is mixed with sinful acts is prohibited and contradicts with Islam.
Keterangan/Hujah:

Sejarah Valentine’s Day tidak ada di dalam Islam. Amalan, budaya dan hasrat perayaan ini mempunyai unsur-unsur Kristian yang bercanggah dengan Islam.

Di dalam Islam tidak ada hari tertentu bagi meraikan kekasih atau kasih sayang. Islam sangat menitikberatkan soal kasih sayang dan setiap hari di dalam Islam adalah hari kasih sayang.
Islam menolak konsep kasih sayang yang terkandung dalam Valentine’s Day kerana unsur-unsur ritual keagamaan yang diamalkannya boleh menggugat akidah Islam.

Hukum Islam jelas dalam hal melarang umatnya meniru atau menyerupai budaya dan cara hidup orang bukan Islam. Ini berdasarkan sebuah hadith Rasulullah s.a.w.:


من تشبه بقوم فهو منهم

“Sesiapa yang menyerupai sesuatu kaum maka dia termasuk dalam kaum tersebut.”
( Riwayat Abu Daud)

Rasulullah s.a.w. juga bersabda:


من عمل عملا ليس عليه أمرنا فهو مردود

“Sesiapa yang mengamalkan perkara yang bukan dari pada amalan kami maka ia akan ditolak.”
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Kebanyakan golongan remaja Islam hari meraikan Valentine’s Day dengan perbuatan- perbuatan yang dilarang oleh Islam. Gejala seperti ini sekiranya tidak dibendung akan merosakkan generasi umat Islam akan datang.

(Dipetik dari laman http://www.e-fatwa.gov.my)


So untuk golongan yang beragama Islam, tak kira lah cina ke india ke bangla ke asalkan beragama Islam, hari kekasih telah difatwakan HARAM untuk disambut kerana mengandungi unsur2 agama kristian dan boleh merosakkan akidah kita. So kepada sesiapa yang tengah hangat bercintan cintun tu, tak payah nak sambutlah hari kekasih ni ye..x elok dan takde faedah pun la. Kenapa, time hari kekasih je ke nak sayang2? Nak bagi2 hadiah? Hari2 pun bolehkan. So jangan sebab kita nak berkasih sayang sampai rosak akidah..nampak perkara ni remehkan? besar ni br0 silap2 gugur iman..Nauzubillah...~

Saturday, February 11, 2012

.::.Kawal emosi tu br0..!!..::.


Salam semua..

Emosi atau perasaan adalah salah satu faktor yang mempengaruhi kehidupan seseorang agar menjadi lebih baik dan juga sebaliknya. Terdapat 2 jenis emosi yang mempengaruhi manusia iaitu emosi positif dan emosi negatif. Contoh emosi positif adalah seperti gembira, sabar, redha, memaafkan, dan bermacam2 lagi manakala emosi negatif pula dalah seperti sedih, marah, sakit hati, dendam, kecewa dan sebagainya.

Menukar emosi negatif kepada emosi positif adalah satu kemahiran. Setiap kemahiran boleh dipelajari oleh sesiapa saja termasuk Anda dan juga saya sendiri. Menukar emosi negatif kepada yang positif sekelip mata adalah sama seperti kemahiran memandu, berenang, menaip dan memasak. Ada orang melakukannya dengan cukup baik sekali, lancar je. Ada orang buat tak berapa baik, sedikit lambat dan merangkak-rangkak. Pendek kata, tahap penguasaan berbeza. Ada yang OK, ada yang biasa-biasa saja dan ada juga yang memang x pandai langsung.

Oleh kerana berbeza, Anda boleh jadikan kemahiran menukar emosi semakin cekap dari tahap penguasaan emosi Anda sekarang ini. Bagaimana caranya?

Berlatih, berlatih, berlatih. Berlatih menukar emosi negatif kepada yang positif tiap kali anda sedar yang anda sedang berada dalam emosi negatif. Anda tidak perlu menunggu sesuatu perkara yang besar berlaku dalam hidup anda untuk berlatih menukar emosi. Kenal pasti emosi-emosi negatif tatkala anda di dalam satu-satu situasi, di mana-mana jua dan bila-bila masa tidak kiralah situasi itu melibatkan anda secara lansung ataupun tidak.

Bila dah kenal pasti emosi-emosi negatif ni, cepat-cepat tukar kepada emosi positif. Lepas tu kekalkan emosi positif tadi selama mungkin seboleh kalau boleh sepanjang hari. Bila dah kekal dalam emosi positif, barulah ada kegembiraan dalam diri anda. Anda akan dapat mengawal diri dan tindakan yang anda akan ambil respon dari situasi yang berlaku tadi. Anda perlu mengawal semua yang bermain di kepala anda supaya sentiasa bersemangat dalam apa jua yang Anda lakukan. Anda juga kena tahu membezakan mana satu fikiran yang baik (fikiran positif) dan mana satu fikiran buruk (fikiran negatif).

Kawal hidup Anda dengan selalu mengawal apa yang bermain di fikiran. Ia adalah tanggapan anda tentang sesuatu benda, seseorang, sesuatu perkara atau sesuatu keadaan. Tanggapan ini boleh jadi bermacam2 jenis. Ada yang baik dan ada yang buruk. Dalam fikiran itu, anda biasanya memasukkan emosi baik atau buruk, bergantung pada persepsi anda apabila melihat sesuatu situasi.

Sebab mengapa orang-orang berjaya jarang tengok berita adalah kerana berita-berita buruk seperti gempa bumi, jenayah, rogol, kes bunuh atau percanggahan politik akan membangkitkan emosi-emosi negatif serta merta. Emosi negatif seperti Kesal, kecewa, marah, dendam, sakit hati timbul secara automatik tiap kali mereka melihat, membaca atau mendengar berita sebegitu walaupun sedikit.

Mereka tak nak emosi positif yang nak dikekalkan sepanjang masa diganggu oleh emosi-emosi negatif. Bila terasa fikiran mereka mula dimasuki emosi negatif, mereka akan tukar cepat-cepat kepada emosi positif dalam masa satu saat. Beginilah cara orang-orang berjaya membina kemahiran tukar emosi.

Anda boleh lakukan perkara yang sama. Disiplinkan diri dan minda, cuba kawal emosi yang bermain di kepala Anda. Menukar emosi negatif kepada yang positif tidak susah jika anda sentiasa berada dalam keadaan yang positif. Jadilah seorang yang positif selalu. Berlatih, berlatih dan terus berlatih! Kuatkan semangat..


Wednesday, February 8, 2012

.::..Aku mahasiswa kejuruteraan mekanikal..~part 2~..::.

Salam semua..okay kali ni aku nk cerita sikit pasal Dipoma in Mechanical Engineering yang aku ambik dulu. Aku study kat UTM, Jalan Semarak, Kuala Lumpur. Dulu nama die City Campus tapi sekarang dah tukar jadi International Campus. Banyak dah yang diorang dh update kat kampus ni dari segi pengurusan, prasarana dan jugak service2 diorang so aku rasa maybe sekarang dah lebih bagus lah (Kot..??)..aku pun maen agak jer haha..


Basically pada waktu aku belajar kat sini takde la banyak sangat kursus-kursus yang ada kat sini dan mostly sumenya diploma saja..yang laen sume kat main kampus die, Skudai Johor. First year aku masuk sini, takde la ada kejutan budaya sangat sebab dari segi study, kebanyakan subjek die agak sama dengan waktu SPM dulu such as fizik, chemistry, dan jugak LK (Lukisan kejuruteraan lah..) dan ade lagi beberapa subjek laen. Tapi content die tak same dan of course peringkat universiti ni lebih advance lagi so ada topik dalam mata pelajaran tu yang korang tak tau pun sebelum ni. Oh sebelum aku terlupa, jangan ingat ambik mechanical engineering sume benda korang akan belajar pasal engineering je semata-mata..korang jugak ade subjek-subjek sejarah dan jugak agama seperti Tamadun Islam dan jugak Pendidikan Islam. So kepada adik-adik yang tak suka bab2 membaca ni, sabor je lah ye. Ada bagusnya subjek-subjek ni, nanti korang dah sambung belajar nanti korang tau lah kat mane bagus die hehe..

Basically untuk first year subjek-subjek yang korang akan belajar kira ringan dan basic lagi. So mungkin korang rasa pelik sikit mase tu sebab x nampak macam engineering pun. So tak payah la korang rase hebat nak mampus lagi ambik engineering waktu first year sebab majority subjek-subjek tu sume budak ambik termasuklah dari kursus-kursus yang laen pun..same je sume. So pada aku sangat penting untuk korang score subjek-subjek first year ni supaya korang punya confidence level tinggi untuk pursue ke subjek-subjek yang lebih mencabar dan lebih memecahkan otak lagi next year hehe. Bile masuk tahun kedua barulah korang ade rase sikit yang korang adalah student engineering. Subjek-subjek lebih fokus kepada basic-basic engineering mengikut kursus yang korang ambik. Kalau mechanical time ni lah korang akan jumpe subjek2 macam Thermodynamics, Mechanic of Machines, Mechanic of Materials, dan macam-macam lagilah. Namun ade jugak beberapa subjek laen seperti matematik dan mungkin subjek-subjek bahasa yang korang akan ambik sekali. So untuk masa ni korang kena belajar secara serius sikit. Mindset pun kenalah slow-slow tukar, biar ke arah engineering sikit..eh, bukan sikit..banyak lah.

So begitulah seterusnya sampai tamat belajar. Untuk level diploma aku rasa takde lagi projek yang perlu dibuat..maksud aku projek yang besar-besarlah untuk dinilai sebelum korang grad. Ada sesetengah universiti mewajibkan student die untuk menjalani latihan industri sewaktu diploma lagi tapi kat UTM ni mintak maaflah xde dik ye. Aku pun tak tahu kenapa tapi aku rasa sebab UTM nak galakkan student2 level diploma ni untuk sambung belajar lagi..secara logik nye macam tu lah..(memandai je nak logik-logik pulak)..wateverlah. So begitulah sedikit sebanyak gambaran kehidupan kebanyakan student-student yang normal di universiti. Kenapa? ada yang tak normal ke? Mestilah ada dik..ada student yang terlalu berfoya-foya sampai belajar pun entah ke mana. Lepas tu kena tendang keluar..sape yang malu? Mereka dan keluarga mereka jugak..kesian. So hargailah kehidupan korang sewaktu belajar kat pusat pengajian tinggi tak kiralah level apa, kat mana or dalam ape jua bidang sekali pun. Dan jangan kecilkan skop kehidupan korang dengan semata-mata belajar dan tengok buku aje..boleh gila dibuatnya nanti dik. Get involve la jugak dengan persatuan-persatuan dan aktiviti-aktiviti yang ada, barulah enjoy dan terasa syok belajar kat universiti nih. So kena balance lah antara minat belajar dan jugak minat ntah pape benda laen lagi. Akademik penting, kokurikulum pun penting..alaa macam kat sekolah dulu-dulu jugak lah..same aje..~

Tuesday, February 7, 2012

.::..Aku mahasiswa kejuruteraan mekanikal..::.

Salam semua..Di Malaysia terdapat berpuluh-puluh institut pengajian tinggi awam dan jugak swasta dan terdapat beratus-ratus kursus pengajian yang ditawarkan kat setiap ipt ni..dari yang biasa-biasa sampailah yang pelik-pelik yang korang x pernah dengar pun sebelum ni. Ada kursus yang aku sendiri tak tau dan tak dapat nak agak ape agaknya pekerjaan sebenar untuk kursus tu..nak bagitau banyaknya kursus yang ditawarkan kat ipt Malaysia ni dan antara bidang yang paling terkenal atau 'femes' bak kate orang putih ialah bidang kejuruteraan (engineering).

Kejuruteraan adalah satu bidang yang luas amat..jauh mata memandang..(chewah) dan bidang ni ada berpuluh-puluh pecahan die. Antaranya adalah chemical, civil, electrical, mechanical, bio-tech, marine, dan macam-macam lagi la..macam-macam ada. So banyak, sebab tu aku senaraikan engineering adalah salah satu kursus yang femes kat mane2 ipt pun..dan antara yang paling susah semestinya? Mechanical engineering lah hehe..

Basically pada aku kejuruteraan mekanikal adalah berkaitan dengan aplikasi konsep2 sains, fizik, matematik, dan jugak tenaga ke dalam kehidupan seharian untuk mewujudkan kehidupan yang lebih baik dan efficient..haa ntah ape lah aku tulis tuh haha..tapi secara kasarnya macam tulah. Kepada adik-adik yang rasa nak ambik bidang ni, silakan..xde masalah..pedulikan ape org cakap..bidang ni susahlah, banyak sangat nk kena belajar la..penipu semua tu haha. Kalau kena pada minat dan gaya korang berfikir, insyaAllah ianya sangatlah senang sesenang menanak nasi je..(Xde kaitan lansung ntah pape..). Okay dalam bidang ni secara keseluruhannya korang akan didedahkan dengan beberapa pengetahuan yang penting. Antaranya ialah energy, calculation, structure, system analysis, drawings, manufacturing, dan jugak design. Maybe ada beberapa lagi aku tak ingat tapi ni lah antara yang dianggap core dalam kursus kejuruteraan mekanikal. Dan satu kemahiran yang bagi aku sangat2 penting yang perlu ada untuk jadi seorang engineer adalah, imaginasi..bukan imaginasi yang bukan-bukan tu ye..=p..Takde kebolehan ni mintak maaf dik..x boleh nak jamin ape2 lah ye. Daya imaginasi sangat penting dalam bidang ni. Boleh kata dalam setiap subjek korang akan guna kemahiran ni. So, adalah disyorkan utk korang skor subjek2 seperti fizik, matematik, lukisan kejuruteraan..haa ni je kot. Kalau subjek2 ni korang cun maka cun lah jugak peluang korang tuk jadi sorang engineer..tapi subjek laen pun kena bagus jugak lah..jangan biar cap ayam pulak..=p

Dulu waktu aku mula-mula masuk time diploma dulu memang ada jugak bimbang dye, takut-takut bidang ni x kena dengan aku or macam-macam lah..korang tau la kan macam mane rase first time masuk universiti and belajar cara kat universiti. Tapi alhamdulillah, semuanya okey je dan takde lah susah sangat sebenarnya. Kalau ade kesungguhan insyaAllah korang boleh survive takde masalah..aku pun xde la rajin sangat..tengah2 malam kuar lepak dengan member tengok bola jugak lah..=p. Cuma aku nasihatkan, biar kita tak pandai takpe, tapi rajin dan selalu amalkan sikap ingin tahu..itu lebih penting pada aku. Ada jugak student yang dalam kelas berlagak macam pandai nak mampus..semua benda macam die dah tahu tapi tengok2 dalam test tak kemana pun pegi die..kesian. Jangan malu untuk bertanya dan jangan malu untuk mengaku yang kita tak tahu..kalau tak memang sampai bila2 laa korang tak akan tahu..percayalah cakap atuk ni ye..so secara ringkasnya macam tulah..dalam post seterusnya nanti insyaAllah aku akan go through satu2 sikit ape yang korang akan belajar dalam bidang ni sebenarnya, okay?..~

Monday, February 6, 2012

.::..Life after SPM..~Part 2~..::.

Salam semua..kita sambung lg cerita dari episode satu yang lepas..(drama ker ape?)..~ Lepas SPM aku tak keje..just duk kat umah tolong mak ayah..(konon-kononnye la kan). Bukan aku malas, cume aku takut nanti bile dah seronok bekerja, dah pegang duit sendiri, dah beli barang pakai duit sendiri, takut niat aku untuk sambung belajar lama-lama akan hilang. So baik aku duk rumah aje lah. Kadang-kadang mak ayah aku bagi kerja jugak suruh buat..ada kerja-kerja yang agak2 memerlukan skill ada lah upahnyer hehehe. Mungkin kesian agaknya kat aku yang takde buat pape, at least ade jugak cara diorang bagi aku duit, takde la bagi saje2. So begitulah kehidupan aku sementara tunggu tawaran masuk belajar balik. Aku penah cat satu rumah, masyuk jugak la mak ayah aku bagi..agak2 kalau kerja kat kedai makan maybe 3 bulan, aku cat rumah 2 minggu je. Pandai-pandai lah korang agak berape yer..=p

Lepas SPM aku apply beberapa tawaran sambung belajar. Pada aku minat untuk belajar tu ade lagi so aku tak apply la bahagian kemahiran. Tapi aku tahu last2 aku perlukan jugak certificate dari bahagian kemahiran untuk kerja nanti. Takpe, aku hold dulu bab tu..first step aku setel akademik dulu..(macam bagus jer)..whatever lah...

Aku apply untuk IPTA, macam biasa melalui UPU. Matrik pun aku apply jugak..tapi sebenarnya aku tak berapa minat dengan matrik ni..aku dengar senior-senior aku yang belajar matrik sume cakap belajar kat matrik tough giler..x cukup masa. Kat matrik silibus banyak bertimbun-timbun dan diorang compress supaya duration dye jadi setahun. So bile aku pikir-pikir balik, aku rase tak boleh survive kat matrik. Aku bukan jenis budak yang belajar sampai pakai cermin mata 4 kilo tebal dye..(agak2 sendiri la). Lagipun aku tengok silibus kat matrik sama macam yang belajar masa kat sekolah, maybe ada tambah sikit2. So pada aku no point lah aku masuk matrik, belajar balik sume yang dah belajar..baik tak payah. So aku amek keputusan tuk reject matrik dan terima tawaran dari universiti terus. Aku apply masuk diploma untuk IPTA. Ramai kawan2 aku pelik, kenapa diploma? Sebab usually pandangan student2 sekarang level diploma ni low class..aku pun tak tahu kenapa. Mungkin sebab rata-rata budak diploma ni bile dah grad terus cari kerja dan tak berminat tuk sambung ke peringkat ijazah. Pada aku semua tu hanya perspektif semata-mata..rubbish..~

So kepada adik2 yang rase2 tak tau nak apply peringkat mane, sebenarnya jawapan tu ada pada diri sendiri. Korang kena tahu setakat mana level korang..bukan maksudnya bijak ke tak atau result gempak ke tak..tapi persediaan korang. Aku pursue level diploma sebab aku rase tahap tu sesuai dengan cara aku belajar..dan aku boleh survive dalam level tu. Kalau tak suka belajar 24 jam, kita belajar 12 jam..ibaratnya macam tu lah..yang penting belajar bersungguh2. Aku berpeluang tuk apply ke luar negara..walaupun result SPM xde la gempak sgt, cukup2 makan aje lah..tapi aku rase aku x bersedia..dari segi mental, fizikal dan jugak rohani. So pada aku buat ape kejar sesuatu yang kita x mampu? Kejar la cita-cita ikut kemampuan. Jangan ikut org..tengok org hebat belajar luar negara, kita pun nak sama..last2 x ke mana..bahaya tuh dik..silap2 x boleh survive, balik awal jawabnye.

.::.Life after SPM...~Part 1~..::.

Salam semua..seperti yang adik2 semua dah tahu la kan, Sijil Pelajaran Malaysia atau nama pendek die SPM, dh jadi satu benchmark atau penanda aras tuk menentukan halatuju pelajar selepas alam persekolahan. Ade SPM, cerah la masa depan ko..mcm tulah lbey kurang. Takde SPM, mungkin bukan speciality ko tuk belajar kot,mungkin ko ada kelebihan laen. Memang macam tu lah pemikiran masyarakat kita dan aku rasa ada betulnye jugak hehe..so belajar la rajin2 time SPM sebab SPM tu ibarat step stone korang yg menentukan ke mana hala tuju selepas tu. Dari keputusan SPM org dah boleh agak yang korang ni budak pandai, budak biasa2, cap ayam atau budak terlebih pandai pun ada gak, sampai berbelas-belas A diorg. Ini memang jenis yang pkai cermin mata 4 kilo punyer kot haha..(faham ke tak tuh)..

SPM aku takde lah bagus sgt..bagi aku tengah-tengah lah kot. So kalau ikut pandangan org aku mungkin budak yang biasa-biasa aje, tak kisah pun. Bagi aku, kalau SPM ko bagus x semestinya hidup ko lepas tu akan sentiasa bagus. Memang SPM aku pun anggap sebagai step stone tuk masa depan, tapi sekadar step stone saje, belum tentu ko bleh survive untuk langkah-langkah yang seterusnya. So jangan cepat rasa selesa ye, walaupun SPM ko bagus tahap gaban.

Kebanyakan student lepas SPM memang hidup diorg mcm heaven, maklumlah 5 tahun belajar untuk peperiksaan tu dan sekarang sudah pun melaluinya dengan jayanya. Tahniah dan syabas diucapkan haha. Tapi...jgn lupa perjalanan korang masih jauh lagi dan pelajaran tak berhenti kat situ je. Ada yang plan nak kerja dulu, cari duit. Ada yang plan nak duduk rumah je, makan tido layan tv. Ada yang plan nk sambung belajar, tak kiralah luar negara or dalam negara. Ada jgk yang takde plan apa2 dalam kepala diorg, tak tahu nk keje ke, nak duk rumah ke, atau nak sambung pengajian. Ini kes berat ni, jgn la ade yang berperangai macam ni dan kalau ade better korang cari member yang boleh tolong nasihatkan..tapi jgn salah member pulak, silap2 same 2 kali 5 memang ke laut la jawabnya.

Nasihat aku, sambung la belajar lagi. Tambah lagi ilmu tu. Ilmu SPM nk dibawak dalam kehidupan seharian x cukup dik oii..basic sangat tuh. Tambah lagi ilmu tu, bersepah-sepah skrang ni kat mane2 pun ade. Sekarang nk belaja bukan susah macam dulu. Yang penting ade duit, ade keinginan, tu je.Basically pengajian lepas SPM ni ade 2 cabang dye. Satu bidang akedemik, kedua bidang kemahiran. Biasanya bidang akademik ni atas sikit pangkat die dari bidang kemahiran, macam tulah. Sekarang dah ada program Jom Masuk U yang kerajaan buat. Biasanya setiap zon ade program ni. So ni lah masa yang sesuai tuk korang cari maklumat sebanyak yang mungkin pasal pengajian di peringkat tinggi. Kumpul sebanyak mungkin info-info dari program ni. Tanya banyak-banyak biar sampai letih diorang nk menjawab. Takpe program ni free bukan kene bayar pun. Nanti bile dah balik korang fikir-fikirlah nk pilih yang mana dan boleh jugak bincang dengan ahli keluarga. Mintak nasihat or pandangan dari sdara mara ker, jiran ke..usahalah sikit, nk cari ilmu memanglah macam tu adat die...~