Tuesday, February 7, 2012

.::..Aku mahasiswa kejuruteraan mekanikal..::.

Salam semua..Di Malaysia terdapat berpuluh-puluh institut pengajian tinggi awam dan jugak swasta dan terdapat beratus-ratus kursus pengajian yang ditawarkan kat setiap ipt ni..dari yang biasa-biasa sampailah yang pelik-pelik yang korang x pernah dengar pun sebelum ni. Ada kursus yang aku sendiri tak tau dan tak dapat nak agak ape agaknya pekerjaan sebenar untuk kursus tu..nak bagitau banyaknya kursus yang ditawarkan kat ipt Malaysia ni dan antara bidang yang paling terkenal atau 'femes' bak kate orang putih ialah bidang kejuruteraan (engineering).

Kejuruteraan adalah satu bidang yang luas amat..jauh mata memandang..(chewah) dan bidang ni ada berpuluh-puluh pecahan die. Antaranya adalah chemical, civil, electrical, mechanical, bio-tech, marine, dan macam-macam lagi la..macam-macam ada. So banyak, sebab tu aku senaraikan engineering adalah salah satu kursus yang femes kat mane2 ipt pun..dan antara yang paling susah semestinya? Mechanical engineering lah hehe..

Basically pada aku kejuruteraan mekanikal adalah berkaitan dengan aplikasi konsep2 sains, fizik, matematik, dan jugak tenaga ke dalam kehidupan seharian untuk mewujudkan kehidupan yang lebih baik dan efficient..haa ntah ape lah aku tulis tuh haha..tapi secara kasarnya macam tulah. Kepada adik-adik yang rasa nak ambik bidang ni, silakan..xde masalah..pedulikan ape org cakap..bidang ni susahlah, banyak sangat nk kena belajar la..penipu semua tu haha. Kalau kena pada minat dan gaya korang berfikir, insyaAllah ianya sangatlah senang sesenang menanak nasi je..(Xde kaitan lansung ntah pape..). Okay dalam bidang ni secara keseluruhannya korang akan didedahkan dengan beberapa pengetahuan yang penting. Antaranya ialah energy, calculation, structure, system analysis, drawings, manufacturing, dan jugak design. Maybe ada beberapa lagi aku tak ingat tapi ni lah antara yang dianggap core dalam kursus kejuruteraan mekanikal. Dan satu kemahiran yang bagi aku sangat2 penting yang perlu ada untuk jadi seorang engineer adalah, imaginasi..bukan imaginasi yang bukan-bukan tu ye..=p..Takde kebolehan ni mintak maaf dik..x boleh nak jamin ape2 lah ye. Daya imaginasi sangat penting dalam bidang ni. Boleh kata dalam setiap subjek korang akan guna kemahiran ni. So, adalah disyorkan utk korang skor subjek2 seperti fizik, matematik, lukisan kejuruteraan..haa ni je kot. Kalau subjek2 ni korang cun maka cun lah jugak peluang korang tuk jadi sorang engineer..tapi subjek laen pun kena bagus jugak lah..jangan biar cap ayam pulak..=p

Dulu waktu aku mula-mula masuk time diploma dulu memang ada jugak bimbang dye, takut-takut bidang ni x kena dengan aku or macam-macam lah..korang tau la kan macam mane rase first time masuk universiti and belajar cara kat universiti. Tapi alhamdulillah, semuanya okey je dan takde lah susah sangat sebenarnya. Kalau ade kesungguhan insyaAllah korang boleh survive takde masalah..aku pun xde la rajin sangat..tengah2 malam kuar lepak dengan member tengok bola jugak lah..=p. Cuma aku nasihatkan, biar kita tak pandai takpe, tapi rajin dan selalu amalkan sikap ingin tahu..itu lebih penting pada aku. Ada jugak student yang dalam kelas berlagak macam pandai nak mampus..semua benda macam die dah tahu tapi tengok2 dalam test tak kemana pun pegi die..kesian. Jangan malu untuk bertanya dan jangan malu untuk mengaku yang kita tak tahu..kalau tak memang sampai bila2 laa korang tak akan tahu..percayalah cakap atuk ni ye..so secara ringkasnya macam tulah..dalam post seterusnya nanti insyaAllah aku akan go through satu2 sikit ape yang korang akan belajar dalam bidang ni sebenarnya, okay?..~

33 comments:

  1. Memohon untuk Pekerjaan Kejuruteraan Mekanikal, kekosongan Kejuruteraan, Pekerjaan Kejuruteraan Elektrik, kejuruteraan awam dari seluruh Malaysia dan mendaftar CV anda pada Monster Malaysia untuk ditemui oleh majikan dan agensi-agensi yang mencari jurutera seperti anda.

    ReplyDelete
  2. terbaiklah .... sy suka blog abng

    ReplyDelete
  3. sya dapat B je chemistry jadi ... engineering mekanikal ni banyak tak ada kaitan dgn subjek chemistry ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada kaitan tapi tak fokus sangat kepada chemistry..so don't worry ya

      Delete
  4. Sy dulu belajar acc di matrix, tapi cuba apply kejuruteraan mekanikal di politeknik buat diploma, rasanya boleh ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada minat? Kalau ada minat dan kesungguhan insyaAllah semua boleh..don't worry :)

      Delete
  5. Assalamualaikum ape perbezaan antara diploma kejuruteraab mekanikal am dengan diploma kejuruteraan mekanikal pembuatan

    ReplyDelete
    Replies
    1. kejuruteraan mekanikal pembuatan adalah salah satu cabang dalam bidang kejuruteraan mekanikal. Cuma bezanya adalah subjek pembelajaran lebih fokus dalam bidang pembuatan (manufacturing).

      Delete
  6. Replies
    1. Bergantung kepada institusi pendidikan yang dipilih. Boleh contact institusi2 pendidikan berkenaan untuk dapatkan info yg jelas :)

      Delete
  7. Klau time kt sek men x ambik lukisan kejuruteraan,byk mslh x nk score?klau ade tips bolehlah kongsi2kn..mhn pencerahan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bagi pendapat saya, takde masalah nak score subject tu.

      Delete
    2. lukisan kejuruteraan adalah salah satu subjek asas jugak untuk bidang kejuruteraan. So kalau kt sekolah x ambik maybe anda perlu usaha lebih sikit lah ya..:) Xde masalah don't worry.

      Delete
  8. Abg boleh tak email saya lebih mendalam lagi ?

    ReplyDelete
  9. Abang boleh tak email saya lebih mendalam lagi ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. mendalam macam mana tu dik..boleh email syhilmi90@gmail.com

      Delete
    2. Sy dh email tapi ngak di reply

      Delete
  10. Assalam bang. Saya bru dpt kursus ni. Boleh tak saya nak tahu subject apa yg abg belajar masa diploma kursus ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam..boleh contact syhilmi90@gmail.com..saya boleh detailkan satu2..)

      Delete
  11. saya takpandai melukis , mcm mna ni?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak pndai melukis xpe..janji pandai buat garisan dik..:)

      Delete
  12. Bidang ni mase belajar ade x girls ambi? Pleasee answer me

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada je cuma tak ramai sangat.. Maklumlah main dengan mesin, minyak, welding dgn lain².. Tak banyak org pompuan minat

      Delete
  13. Hye, asalamualaikum, saya baru dapat tawaran bahagian mekanikal, then saya nk thu subjek yang brlajar bole?

    ReplyDelete
  14. hi abang , saya salah seorang yg dapat tawaran untuk join dip kejuruteraan mekanikal . saya rasa mcm takut tapi dalam masa yg sama saya excited , boleh abang bagi detail tak pasal bidang ni . < im a girl >

    ReplyDelete
  15. assalamualaikum bang, Saya pelajar MRSM dan ada projek hendak disiapkan. Saya ingin mengetahui lebih dalam tentang jurutera mekanikal. Klau boleh saya nak menemu ramah abang melalui whatsapp.

    ReplyDelete
  16. Nak tahu, dulu abg/akk amik diploma nih, ade buat pinjaman ptptn tak?

    ReplyDelete
  17. Hai nak tnya…saya ditawar kejuruteraan mekanikal tpi kt skolah saya tak ambil fizik atau add math…agak ii bleh survive tak…dan nk tahu kejuruteraan mkanikal ni belajar ap ye?

    ReplyDelete
  18. Makanikal engineering ni lebih fokus kepada apa ya?

    ReplyDelete
  19. abg kalau kita ambik diploma mechanical engineering ni , test tu mcm mana?atas kertas atau luar kawasan

    ReplyDelete
  20. Abg belajar kat mna. Saya nk tya ttg Mekatronik tu kejuruteraan apa ya.

    ReplyDelete