Monday, February 13, 2012

.::.Muslims, say 'NO!' to Valentine's day..::.

Salam semua..korang tau kan Valentine's Day? alah yang selalu couple2 duk sambut sangat tuh..bagi bunga bagi coklat..tak kurang jugak yang bagi 'badan'..ish3. Okay maybe kat negara kita ada sesetengah orang sambut benda alah ni..tapi biasalah, orang kita ni bab ikut budaya orang memang no.1 tapi tak tau pun sebab apa dan apa hikmat perkara tu..come on guys, this is 21st century..kita kena tahu apa yang kita buat!..(siyes je..). Okay, kat sini aku ada petik sikit dari laman Wikipedia.org pasal valentine's day ni..:

"Saint Valentine's Day, commonly shortened to Valentine's Day, is a holiday observed on February 14 honoring one or more early Christian martyrs named Saint Valentine. It was first established by Pope Gelasius I in 496 AD, and was later deleted from the General Roman Calendar of saints in 1969 by Pope Paul VI.

The day first became associated with romantic love in the circle of Geoffrey Chaucer in the High Middle Ages, when the tradition of courtly love flourished. By the 15th century, it had evolved into an occasion in which lovers expressed their love for each other by presenting flowers, offering confectionery, and sending greeting cards (known as "valentines").

Modern Valentine's Day symbols include the heart-shaped outline, doves, and the figure of the winged Cupid. Since the 19th century, handwritten valentines have given way to mass-produced greeting cards."

Okay sekadar intro sajelah..kalau nak tau lebih lanjut pasal ni korang layari sendiri okay? (mood malas..haha). Di Malaysia valentine's day atau hari kekasih dalam bahasa tempatan di sambut oleh masyarakat untuk meperingati atau menghargai pasangan kekasih masing2. Tapi taukah korang bahawa valentine's day ada sejarahnya yang tersendiri dalam agama kristian? Haa sebab tu kena baca dik, jangan tengok orang sambut kita pun nak sambut sama. Sebenarnya valentine's day ni disambut oleh orang kristian dan memang pengasas hari kekasih ni pun beragama kristian jugak..so untuk kita orang Islam, wajar ke kita sambut??..Ni tengok ni baca dan fahamkan..:

Hukum Orang Islam Menyambut Perayaan Valentine's Day

Keputusan:

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-71 yang bersidang pada 22-24 Nov 2005 telah membincangkan Hukum Orang Islam Menyambut Perayaan Valentine's Day. Muzakarah berpandangan bahawa ajaran Islam amat mengutamakan kasih sayang dan tidak ada hari tertentu di dalam Islam bagi meraikannya.

Oleh itu, Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa amalan merayakan Valentine’s Day tidak pernah dianjurkan oleh Islam. Roh perayaan tersebut mempunyai unsur-unsur Kristian dan amalannya yang bercampur dengan perbuatan maksiat adalah bercanggah dan dilarang oleh Islam.

Keputusan (English):
The Ruling on Muslims Celebrating Valentine’s Day
Decision:

The 71st Muzakarah (Conference) of the Fatwa Committee of the National Council for Islamic Religious Affairs Malaysia held on 22nd-24th November 2005 has discussed the ruling on Muslims celebrating Valentine’s Day. The Conference decided that the teachings of Islam stress on love and there is no specific day in Islam to celebrate it.
Therefore, The Conference decided that the practice of celebrating Valentine’s Day is not part of Islam. The spirit of the celebration contains elements of Christianity and its practice that is mixed with sinful acts is prohibited and contradicts with Islam.
Keterangan/Hujah:

Sejarah Valentine’s Day tidak ada di dalam Islam. Amalan, budaya dan hasrat perayaan ini mempunyai unsur-unsur Kristian yang bercanggah dengan Islam.

Di dalam Islam tidak ada hari tertentu bagi meraikan kekasih atau kasih sayang. Islam sangat menitikberatkan soal kasih sayang dan setiap hari di dalam Islam adalah hari kasih sayang.
Islam menolak konsep kasih sayang yang terkandung dalam Valentine’s Day kerana unsur-unsur ritual keagamaan yang diamalkannya boleh menggugat akidah Islam.

Hukum Islam jelas dalam hal melarang umatnya meniru atau menyerupai budaya dan cara hidup orang bukan Islam. Ini berdasarkan sebuah hadith Rasulullah s.a.w.:


من تشبه بقوم فهو منهم

“Sesiapa yang menyerupai sesuatu kaum maka dia termasuk dalam kaum tersebut.”
( Riwayat Abu Daud)

Rasulullah s.a.w. juga bersabda:


من عمل عملا ليس عليه أمرنا فهو مردود

“Sesiapa yang mengamalkan perkara yang bukan dari pada amalan kami maka ia akan ditolak.”
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Kebanyakan golongan remaja Islam hari meraikan Valentine’s Day dengan perbuatan- perbuatan yang dilarang oleh Islam. Gejala seperti ini sekiranya tidak dibendung akan merosakkan generasi umat Islam akan datang.

(Dipetik dari laman http://www.e-fatwa.gov.my)


So untuk golongan yang beragama Islam, tak kira lah cina ke india ke bangla ke asalkan beragama Islam, hari kekasih telah difatwakan HARAM untuk disambut kerana mengandungi unsur2 agama kristian dan boleh merosakkan akidah kita. So kepada sesiapa yang tengah hangat bercintan cintun tu, tak payah nak sambutlah hari kekasih ni ye..x elok dan takde faedah pun la. Kenapa, time hari kekasih je ke nak sayang2? Nak bagi2 hadiah? Hari2 pun bolehkan. So jangan sebab kita nak berkasih sayang sampai rosak akidah..nampak perkara ni remehkan? besar ni br0 silap2 gugur iman..Nauzubillah...~

No comments:

Post a Comment