SPM aku takde lah bagus sgt..bagi aku tengah-tengah lah kot. So kalau ikut pandangan org aku mungkin budak yang biasa-biasa aje, tak kisah pun. Bagi aku, kalau SPM ko bagus x semestinya hidup ko lepas tu akan sentiasa bagus. Memang SPM aku pun anggap sebagai step stone tuk masa depan, tapi sekadar step stone saje, belum tentu ko bleh survive untuk langkah-langkah yang seterusnya. So jangan cepat rasa selesa ye, walaupun SPM ko bagus tahap gaban.
Kebanyakan student lepas SPM memang hidup diorg mcm heaven, maklumlah 5 tahun belajar untuk peperiksaan tu dan sekarang sudah pun melaluinya dengan jayanya. Tahniah dan syabas diucapkan haha. Tapi...jgn lupa perjalanan korang masih jauh lagi dan pelajaran tak berhenti kat situ je. Ada yang plan nak kerja dulu, cari duit. Ada yang plan nak duduk rumah je, makan tido layan tv. Ada yang plan nk sambung belajar, tak kiralah luar negara or dalam negara. Ada jgk yang takde plan apa2 dalam kepala diorg, tak tahu nk keje ke, nak duk rumah ke, atau nak sambung pengajian. Ini kes berat ni, jgn la ade yang berperangai macam ni dan kalau ade better korang cari member yang boleh tolong nasihatkan..tapi jgn salah member pulak, silap2 same 2 kali 5 memang ke laut la jawabnya.
Nasihat aku, sambung la belajar lagi. Tambah lagi ilmu tu. Ilmu SPM nk dibawak dalam kehidupan seharian x cukup dik oii..basic sangat tuh. Tambah lagi ilmu tu, bersepah-sepah skrang ni kat mane2 pun ade. Sekarang nk belaja bukan susah macam dulu. Yang penting ade duit, ade keinginan, tu je.Basically pengajian lepas SPM ni ade 2 cabang dye. Satu bidang akedemik, kedua bidang kemahiran. Biasanya bidang akademik ni atas sikit pangkat die dari bidang kemahiran, macam tulah. Sekarang dah ada program Jom Masuk U yang kerajaan buat. Biasanya setiap zon ade program ni. So ni lah masa yang sesuai tuk korang cari maklumat sebanyak yang mungkin pasal pengajian di peringkat tinggi. Kumpul sebanyak mungkin info-info dari program ni. Tanya banyak-banyak biar sampai letih diorang nk menjawab. Takpe program ni free bukan kene bayar pun. Nanti bile dah balik korang fikir-fikirlah nk pilih yang mana dan boleh jugak bincang dengan ahli keluarga. Mintak nasihat or pandangan dari sdara mara ker, jiran ke..usahalah sikit, nk cari ilmu memanglah macam tu adat die...~
No comments:
Post a Comment